top of page

Benih Yang Baik Akan Menjadi Pulau dan Gunung

Updated: 5 Dis 2023



SEPERTI JUGA MANUSIA, BENIH YANG BAIK AKAN MENJADI PULAU DAN GUNUNG


Benih yang baik kalau di campak ke darat menjadi gunung dan jika di campak ke laut menjadi pulau. Maksudnya; Yang baik itu biar di mana pun tempatnya akan tetap baik juga.


Ini adalah pribahasa Melayu merujuk kepada insan yang baik pasti memberi manfaat kepada masyarakat tak kisah di mana dia merantau dan menentap. Pribahasa ini wujud kerana sikap masyarakat tradisi yg sentiasa memerhati unsur unsur persekitaran mereka. Ini menunjukkan betapa rapatnya mereka dengan elemen alam sekitar berbanding masyarakat kini yang makin jauh daripada alam. Richards Louve dalam buku Last Child In The Wood mendefinasikan generasi ini sebagai "Nature Deficit"


Kembali kepada benih.


Apakah benih?

Benih ialah adalah input paling asas di dalam petanian. Ia juga adalah embryo, yang terkandung (embedded) dalam sokongan atau tisu simpanan makanan.


Apakah ciri- ciri benih yang baik?

Takrif Benih yang baik ialah varieti tulen dengan kadar percambahan tinggi, bebas daripada penyakit dan organisma penyakit, dan dengan kandungan lembapan dan berat yang sesuai.


  • Kesihatan fizikal benih :

Benih mesti sihat dan berwarna cerah. Jika ada kecacatan fizikal atau mekanikal di dalamnya, tumbesaran pokok akan terbantut.


  • Ketulenan benih :

Benih yang baik harus tulen dari segi genetik dan bebas daripada bahan cemar. Ia juga barus bebas daripada benih tanaman lain, benih rumpai dan bahan lengai.


  • Benih yang sihat :

Benih harus sihat dan semua organnya terutamanya embrio perlu berkembang dengan baik dan matang.


  • Daya maju percambahan benih :

Benih harus berdaya maju dan jangka hayat yang pasti serta kapasiti percambahan.


  • Kekuatan benih :

Kuasa organik benih dipanggil kekuatan benih. Benih harus mempunyai jumlah kuasa organik yang mencukupi untuk membantu proses permulaan akar dan pembentukan daun.


  • Kematangan benih :

Benih mestilah matang secara luaran dan dalaman. Ini akan menentukan kapasiti percambahan dan kekuatan benih.


  • Kandungan lembapan benih :

Benih harus ada jumlah lembapan yang pasti. Ini bergantung pada jenis, kepelbagaian, spesies benih. Secara amnya, bijirin mengandungi 12-14% lembapan mengikut jenis pokok contohnya, jut mengandungi 7-8% lembapan.


  • Saiz benih :

Benih berkualiti adalah seragam saiznya. Walaupun saiz semua benih dalam tanaman tidak sama,namun ia harus saiz hampir seragam dan bentuk yang optimum.


  • Berat benih :

Mengikut batasan tertentu, benih harus mengandungi lebih banyak bahan makanan untuk pertumbuhan embrio. Iaitu sekitar 2mg karbohidrat.


  • Umur benih :

Benih juga berumur sesuai. Apabila ia terlebih umur, ia boleh mengurangkan jangka hayat dan kapasiti percambahan.


  • Bebas daripada penyakit dan serangga :

Benih mesti bebas penyakit dan serangga. Penyakit menyebabkan benih kurang bertenaga, kurang berdaya maju dan mengurangkan peratusan percambahan.


Nah lihat, ciri benih yang baik itu banyak, ia sesuai apabila mengambarkan ciri ciri manusia yang baik.



Rujukan :

  1. The Food and Agricultural Organisation : Seed Toolkit : Module 3 seed quality assurance

  2. Dewan Bahasa Dan Pustaka

  3. Richard Louve : The Last child in the woods

17 lihatan

Benih Komuniti

©2024 by Benih Komuniti

  • Facebook
  • Instagram
  • X
  • TikTok
  • Mail-Icon-White-on-Black (1)

Dikuasakan Oleh

bottom of page