top of page
Writer's pictureFood Sovereignty Malaysia

Gesaan Agar Kerajaan Memberhentikan Proses Untuk Pembentangan Rang Undang- Undang Kualiti Benih Tanaman Di Parlimen

Updated: 2 hari lalu



1. Kami organisasi-organisasi petani dan kumpulan-kumpulan masyarakat sivil, dengan ini menggesa kerajaan agar memberhentikan proses pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Kualiti Benih Tanaman di Parlimen, berikutan ketiadaan proses konsultasi yang telus dan menyeluruh dengan semua pihak berkepentingan, khususnya petani-petani kecil dan sederhana dan organisasi-organisasi bukan kerajaan yang berkaitan pertanian dan alam sekitar.


2. Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Malaysia melalui sesi soal jawab kamar khas parlimen pada 18 November 2024 menyatakan bahawa Jabatan Pertanian telah menjalankan satu siri taklimat dan telah melaksanakan Analisis Impak Peraturan (RIA) berkenaan RUU Kualiti Benih Tanaman di mana setiap individu yang memproses dan mengedar benih akan diwajibkan memohon lesen. Menurut beliau lagi, Penyata Impak Peraturan (“Regulatory Impact Statement”/RIS) bagi RUU Kualiti Benih Tanaman telah dikeluarkan oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) pada 22 Jun 2018.


3. Kami ingin menegaskan bahawa penilaian impak peraturan ini dikeluarkan tanpa pematuhan proses yang ditetapkan untuk RIS. Perundingan yang pertama bersama kami dibuat pada tahun 2019. Setahu kami, tiada langsung perundingan dengan petani dan orang ramai dibuat sebelum RIS dikeluarkan pada tahun 2018. Proses RIS yang dikatakan telah dibuat adalah sangat tidak teratur dan tidak boleh dipercayai untuk menyokong sebarang pelaksanaan rang undang-undang. Bahkan, cadangan penggubalan Akta Benih Tanaman ini hanya diumumkan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian pada 16 September 2018. Kami mendapati bahawa ada kumpulan petani tertentu yang tidak dirujuk sama sekali. Bagaimanakah RIS boleh disiapkan sebelum pemberitahuan awam dibuat? Oleh itu, penilaian impak peraturan baharu mesti dijalankan.


4. Sejak pengumuman cadangan RUU ini, FKMM telah berjumpa dengan pegawai-pegawai Jabatan Pertanian sebanyak tiga kali - sekali pada 2019 dan dua kali pada 2024. Kami hadir ke sesi-sesi ini atas desakan pertemuan dari pihak kami sendiri pada 2019 dan jemputan dari pihak ketiga pada 2024. Tiada usaha dari Jabatan Pertanian sendiri untuk menganjurkan sesi konsultasi bersama kami. Dalam perjumpaan pertama FKMM dengan Jabatan Pertanian pada tahun 2019, kami telah diberikan beberapa butiran berkenaan RUU tetapi tidak dibenarkan melihat teks RUU. Butiran yang diberikan kepada kami menimbulkan kebimbangan yang sangat serius kerana kami diberitahu bahawa setiap individu yang memproses, mengedar, berkongsi dan menjual benih tanaman wajib memiliki lesen, untuk itu, sampel benih tanaman mesti dihantar ke makmal untuk ujian dan kesalahan tidak memiliki lesen adalah denda RM100,000 – RM200,000 dan 3 tahun penjara.


5. Pada tahun 2024, wakil pihak kami telah hadir ke dua lagi sesi konsultasi. Sesi yang dijalankan adalah terlalu umum dan tidak memperincikan RUU tersebut, seperti kesan ke atas amalan berkongsi dan menjual benih secara kecil-kecilan, keperluan menghantar benih ke makmal untuk ujian, serta apakah denda atau hukuman kepada mereka yang tidak berlesen.


6. Objektif RUU ini iaitu untuk mengelakkan pembeli benih daripada tertipu adalah dipuji. Namun dengan mewajibkan pelesenan dan notifikasi kepada Jabatan Pertanian kepada semua individu yang menyimpan dan mengedar benih termasuk petani kecil, ia adalah satu perbuatan yang berlebihan dan hanya akan menguatkan lagi monopoli pihak korporat terhadap benih tanaman. Amalan tradisi petani kecil menyimpan, berkongsi, dan menjual benih secara kecil-kecilan kepada ahli keluarga dan rakan-rakan adalah sangat penting untuk kepelbagaian agrobiodiversiti dan menjamin sara diri petani tersebut. Kami percaya bahawa objektif RUU tersebut dapat dicapai melalui undang-undang sedia ada, dan perlu termasuk dalam proses perundingan dengan petani dan orang ramai.


7. Kami ingin menekankan beberapa kebimbangan utama yang telah disuarakan oleh petani dan ramai kumpulan-kumpulan masyarakat sivil mengenai RUU Kualiti Benih Tanaman ini:


I. Menyekat hak tradisi petani untuk bebas berkongsi dan menjual benih tanaman sesama keluarga, rakan-rakan, dan orang awam, kerana pelesenan merupakan satu bentuk kawalan daripada kerajaan – ini bercanggah dengan Hak Petani (Farmers’ Rights) di bawah undang-undang antarabangsa .


II. Kemungkinan peningkatan kos yang besar kepada petani untuk bayaran lesen dan ujian makmal pada masa hadapan. Meskipun ujian makmal kini boleh dibuat secara percuma di makmal milik kerajaan, bayaran pasti akan dikenakan di masa hadapan oleh kerajaan atau swasta apabila jumlah sampel meningkat.


III. Peningkatan monopoli syarikat kerana syarikat lebih berkemampuan menampung kos pelesenan dan pengurusan berkaitan, berbanding individu.


IV. Kesan negatif terhadap agrobiodiversiti tanaman kerana melalui pelesenan, benih-benih komersial yang lebih popular atau menguntungkan akan diutamakan.


V. Hukuman denda dan penjara yang keterlaluan terhadap petani dan orang awam, seolah-olah mereka melakukan kesalahan serius – ini juga bercanggah dengan Hak Petani (Farmers’ Rights) di bawah undang-undang antarabangsa.


8. Oleh itu, kami dengan tegas mendesak kerajaan untuk menghentikan usaha membentangkan RUU ini di Parlimen dan mengadakan sesi konsultasi yang telus dan menyeluruh bersama petani dan pihak berkepentingan lain. Transparensi dan keterlibatan semua pihak dalam proses ini adalah penting untuk memastikan keadilan kepada semua pihak termasuk petani dan orang awam yang akan terkesan dengan RUU Kualiti Benih Tanaman ini.


19 Disember 2024




Maklumat perhubungan:

Nurfitri Amir Muhammad (Ketua Koordinator)

nfitriamir@gmail.com / foodsovereignty.malaysia@gmail.com

0137069509


Senarai Sokongan Kenyataan Media FKMM - Gesaan Agar Kerajaan Memberhentikan Proses Untuk Pembentangan Rang Undang-Undang Kualiti Benih Tanaman Di Parlimen - Setakat 19 Disember 2024



2.        Agora Society Malaysia

3.        Al Ard Green Farm

4.        ALAM Selangor

5.        Aliran Kesedaran Negara (Aliran)

6.        Aman D Kebun

7.        ANSARA Balik Pulau

8.        ARL Environment

9.        Ayam Lepas Lenggeng (Lepas Bebas Enterprise)

10.    Blue Oasis (M) Sdn Bhd

11.    Borneo Komrad

12.    Borneo Natural Farm

13.    Cahaya Nursery

14.    Carbon Xchange (Sarawak) Sdn. Bhd.

15.    Centre for Environment, Technology and Development, Malaysia (CETDEM)

16.    Consumers’ Association of Penang (CAP)

17.    Consumer Choice Center

18.    Coral Triangle Initiative Women Leaders Forum

19.    Ctmai Nursery

20.    Diribumi Ecological Services

21.    Ecocentric Transitions

22.    Ecopro Training Centre

23.    EES Biotech Sdn Bhd

24.    Ekar Lui Enterprise

25.    Forum Kedaulatan Makanan Malaysia (FKMM)

26.    Gabungan Pertubuhan-Pertubuhan Masyarakat Sivil Malaysia bagi Proses Semakan Berkala Sejagat (MACSA)

27.    GRASS Malaysia

28.    Greenpeace Malaysia

29.    Guar Perahu Herbal Valley

30.    Guardians of Nature’s Retreat

31.    HuTani Services

32.    IGROBIZ Enterprise

33.    Institut Masa Depan Malaysia (MASA)

34.    Jaringan Ekologi Dan Iklim (JEDI)

35.    Jerami Utara Center Enterprise

36.    Jinko Vanilla Agroforestry Farm

37.    Justlife Group Sdn Bhd

38.    Jungle School Gombak Malaysia

39.    KAMi

40.    Kebun Komuniti Janda Baik

41.    Kebun Rakyat Tangkak

42.    kebunbandar.com

43.    Kebunsua

44.    Kokoriu

45.    Komuniti AgroMadani

46.    Komuniti OA Bukit Lagong

47.    Komuniti Pondok Sukun (KOMPOS)

48.    Komuniti Taman Sri Bidor KRT

49.    Koperasi Agro Organik Johor Bhd

50.    Koperasi Pekerja Justlife Selangor Berhad

51.    Koperasi Kongsi Selangor Berhad (Kongsi Koop)

52.    Koperasi Petani Pulau Pinang Berhad

53.    Kuching Jadam Group

54.    Kuching Seed Swap

55.    Klima Action Malaysia (KAMY)

56.    Laman Organik Firdaus

57.    Liga Rakyat Demokratik

58.    LR Worldwide

59.    Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM)

60.    Malaysia Demeter Association

61.    MY Tropical Services

62.    Natsac enterprise

63.    Nature Resource Solutions

64.    Parti Sosialis Malaysia

65.    Persatuan Agroekologi Malaysia (SRI-Mas)

66.    Persatuan Aktivis Sahabat Alam (KUASA)

67.    Persatuan Go Go Green

68.    Persatuan Pekebun Sayur Pulau Pinang

69.    Persatuan Pemeliharaan dan Pemuliharaan Alam Sekitar Sarawak (PELIHARA)

70.    Persatuan Penanam Buluh Sarawak

71.    Persatuan Permakultur Malaysia

72.    Persekutuan Persatuan-Persatuan Pekebun-Pekebun Sayur-Sayuran Malaysia

73.    Pertubuhan Ilmu Generasi Aspirasi

74.    Pertubuhan Pembangunan Antarabangsa dan Penyelidikan Untuk Kelestarian (IDRIS)

75.    Pertubuhan Pencinta Eco Alam Malaysia

76.    Pertubuhan Penggerak Komuniti Kg. Tampasak, Penampang

77.    Pertubuhan Penggerak Masyarakat Malaysia (Penggerak Malaysia)

78.    Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (PeSAWAH)

79.    Pertubuhan Rangkaian Pembangunan Kesinambungan Malaysia (SUSDEN Malaysia)

80.    Plants for Plastic

81.    Pmu Cerondah

82.    Pusat Penyelidikan & Advokasi Hak Asasi Manusia (CENTHRA)

83.    Quin Terra PLT

84.    Rakan Membangun Masyarakat

85.    Rasa Sayang Permaculture Estate

86.    Rasamasa MY

87.    Raw Nature Sdn Bhd

88.    Rumah Dusun Mamaya

89.    Sahabat Alam Malaysia (SAM)

90.    Sahabat Ekologi Perak

91.    Salloma Nursery & Landscape Sdn Bhd

92.    Soilogy

93.    Syarikat Followliu Maju

94.    Save Malaysia Stop Lynas

95.    Taman Sara Resources

96.    Terrajiwa Enterprise

97.    The Hope Village

98.    The International Women's Alliance for Family Institution and Quality Education (WAFIQ)

99.    The Reading Room & Cafe

100.                             Third World Network (TWN)

101.                             Ubi organisation

102.                             UMANY

103.                             Urban Hijau

104.                             Venture Agro

105.                             Warisan Agro Supplies

106.                             WAU Farm


229 lihatan

Comments


bottom of page